Saturday, February 9, 2013

#terjah: Steamboat Antarabangsa

Salam sabtu malam ahad.

Selamat tahun baru cina buat kawan-kawan yang menyambut. Semoga hubungan sesama manusia semakin erat dan ekonomi Malaysia semakin mencambah.

Alhamdulillah, malam ni berjaya jugak mengumpul keluarga untuk makan malam. Antara sebab cik belanja; dapat gaji pertama kerja sekarang ni, sambut birthday ibu dengan adik cik. Jadi memang sesuai lah. Hahaha. Bila lagi kan. Lagipun macam dah jadi satu tradisi bila dapat gaji, mesti belanja makan. Bukan sekali je, kadang-kadang setiap bulan. Dalam family cik ada 3 orang dah kerja. Jadi kenalah belanja. Hahaha. Puas makan weyh.

Ini cerita baru tau. Baru je makan. Perut pun sendat lagi. Kami pilih nak makan di Steamboat Antarabangsa terletak di Bandar Baru Bangi. Sebaris dengan Wong Solo. Kawasan kedai dengan Old Town tapi kedai bahagian belakang. Lagipun kami malas nak makan nasi. Jadi cari kedai yang tak offer nasi. Kalau tak memang kerja nak order je.

Macam biasalah. Gambar terabur sebab hapdet dengan semakfon. Kau hade? Korang mesti canggih lagi punyer. Mesti korang ada iPad senang nak hapdet lagi canggih manggih.

Okeh. Cukup pembuka kata yang berjela. Review pasal kedai ni. Pada pendapat cik, biasa-biasa aja. Tapi bagi cik, sos cicah dia sedap. Ada banyak sos. Tomyam dia boleh lah. Nak gembar gembur rasa kencang tak ada lah. Servis dia pun agak kelam kabut. Apa yang cik perhati sebab staff tak ramai. Selain dari tu keadaan kedai yang agak sempit, buat tempat nampak sesak. Memang berpeluh lah makan sebab cik dapat seat kat dalam. Makan benda panas pulak tuh.

Tapi, banyak jugak makanan dia. Ada yang dia refill, ada yang habis macam tu je. Bukan stakat steamboat je, griddle pun ada jugak. Feeling Seoul Garden gitewww. Hahaha. Itupun tak banyak sangat makan pun kan. Tapi kalau siapa berminat boleh buat tempahan:

Jalan medan pusat bandar 4a,    
43650 bandar baru bangi.
0162754370
RM25/pax.
Kalau google mesti jumpa.
Selamat menjamu selera.