Saturday, January 5, 2013

Pohon Semalu

Salam semua,

Hari ni nak kongsi cerita yang cik baca dari Majalah Usrati. Rasanya ramai dah dengar atau baca cerita pasal pohon semalu ni. Tapi cik nak kongsi jugak.

Wahai Wanita, Jadilah si Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan bersama puteri baginda, Sayidatina Fatimah (rhu). Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar (kurma), Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya; "Apalah gunanya pohon semalu itu dijadikan?" Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahasawanya,"pohon semalu itu sangat berkait rapat dengan wanita". Mendengar jawapan itu, Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi,"Semua wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat sudut:

1. Pohon semalu akan mengucup apabila disentuh. Ia diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah.

4. Semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Duhai insan bergelar wanita, ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun jasadnya kecil pada pandangan manusia.

Selama ini cik pandang enteng je cerita pada cerita pohon semalu ni. Cik baru sedar, selama ni cik tak pernah jaga diri cik. Berazam nak jadi anak solehah tapi tak menjaga diri sendiri sampai orang lain boleh pandang serong dan menimbulkan fitnah. Insya Allah,  terima kasih pada mereka yang sudi menegur cik. Mungkin teguran diorang ni kadang2 menyakitkan hati, tapi siapa lagi nak tegur kalau bukan orang lain. Memang cik tak dapat puaskan hati semua orang, yang penting cik sedaya upaya mengikut perintah Allah. Semoga cerita ini dapat memberi pengajaran buat semua. Aminnnn...

No comments: