Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012 - Kg Teluk Sareh: Raya Ketiga - Kenduri Kendara

Salam semua,

dah hari raya kedua punya cerita. ada kenduri kawen sepupu cik. hehehe. makan lagi mak aih.. memang raya kali ni tak sempat nak puasa sunat 6 awal-awal. sebab ada kenduri semedang. penat perut nak makan.
ni sepupu sebelah ayah. kira dia anak kepada abang sulung ayah cik. budak kecik dua orang tu, yang belah kiri anak dia, yang belah kanan anak tiri. comel je budak dua orang ni. tapi ada je benda nak dimain dan digaduhkan. lawak. hehe
kenduri sepupu cik simple je. yang penting saudara-mara datang. jadi kami banyak dok amik gambar je la. hehehehe
cik sorang je pakai baju ikut tema. biru habis aku. hahahaha
ini lah jejantan yang ada waktu tu. memang tak ramai jantan rupanya dalam keluarga kami. hehehe
and these are the girls. dan cik lah paling tua disini.hahaha. siapa tahu cik dimana?
me and the siblings. dah puas makan, dok bergambar pulak. nasib pelamin tak roboh je. hehehe. orang lain dok tanya 'bila lagi?'. dan standard party line aku 'sila doakan sambil buat sumbangan ke akaun bank islam'. hahahah.ayat nak sentap. Insya Allah, bila sampainya kahwin lah.

_cik kedondong

No comments: