Sunday, July 1, 2012

#Lawatan: Asrama Damai, Rumah Anak-Anak Yatim, Kuang

Salam Sabtu semua tak kira di pelosok Malaysia anda berada. yang berada diluar kawasan, selamat hari apa kat tempat korang lah. eyh?? lagi baik selamat sejahtera, kan senang. kemain panjang lagi salam cik. padahal patut ringkas je.

entry kali ni fresh lagi, sebab baru berlaku. fresh macam roti baru keluar dari oven lepas tu korang biar selama 2 minit sebab korang tak tahan bau roti yang sedap tu. apa kejadah cik melalut sampai roti ni? berbalik kepada tajuk entry yang sepatutnya menimbulkan keinsafan, tapi sebab banyak sangat melalut terus feel sedih hilang. (ok..ok..cik melalut lagi).
mengapakah gambar awal macam tak ada kena mengena dengan entry? sebab gambar ni diambil sebelum bertolak ke tempat tujuan. ni kat lobi Plaza Perangsang. cik selalu tertarik tengok lampu-lampu bergayutan ni. sakit leher cik nak amik gambar ni. edit lagi tak payah cakap.hehehe

nak cerita ni, cik buat lawatan ke Asrama Damai, Rumah Anak-Anak Yatim, Kuang. tapi bukan cik sorang je, tak terdaya la cik sensorang sebab cik tak tau pun kat mana tempat ni. cik ikot aktiviti yang dianjurkan Kelab Sukan LHDNM Caw Shah Alam (eyh betul ke?)

mula-mula tak ada bercadang pun nak pergi. sebab ingat nak berehat je kat rumah. ye lah, dah berapa minggu berturut-turut cik asyik ada aktiviti je sabtu ahad, penat tau tak. tapi sebab kawan ajak, katanya dia nak main karom kat sana. jadi mula la aktiviti mengumpul orang nak pergi. lagi-lagi kitorang ni budak BR1M ada la macam dipinggirkan sikit. jadi kalau nak buat aktiviti, kitorang pastikan ada geng2 kitorang.

yang pergi ramai jugak la, tapi yang geng kitorang ada la 8 orang. sepatutnya 9 orang, tapi yang sorang tu memang spesis tidur susah nak bangun, tapi tibai jugak tournament futsal sampai entah pukul berapa pagi. jadi bila orang call, memang takkan bangun la kan.

yang perempuan ada cik, dila, kak eka, mira dan ain. kitorang dah sampai lebih kurang 7.30 cam tu lah. kononnya nak bergerak pukul 8 la bagai kan. tapi biasalah, dah tunggu ramai sangat, memang ada lah yang lambat lah, macam-macam hal lagi. jadi sabar je lah.
gambar kat atas ni berlaku kemalangan pulak. kalau korang tau area Dataran Shah Alam, kat situ ada simpang masuk menghala Plaza Perangsang, PAS camtuh, ada sorang staff ni parking dekat jugak la dengan jalan nak masuk tu. lepas tu datang pulak makhluk bijak pandai yang melanggar arahan. kalau ikut dari PAS tak boleh masuk jalan tu sebab dia sehala.

makhluk yang bijak pandai tu pun dengan konfiden pergi redah, sekali dia redah, tak perasan kereta staff tu, apa lagi, langgar la bumper belakang. motor tu teruk jugak kot. budak tu pulak cedera gak la. kawan cik bagitau clutch dia macam termasuk dalam kaki. cik pun tak tau sangat. tapi masa sampai dah berdarah lah budak ni. kalau nak ikut, dua-dua ada silap salah. akibat dari kejadian ini, staff tu tak pergi la lawatan.
nasib baik la cik bawak Naza Ria. sebab 3 jantan diatas sepatutnya naik dengan staff tu. jadi terpaksalah cik hangkut diorang sekali kan. hahaha. terpaksa gitew..perempuan dah 5 orang, lelaki ada 3. jadi yang sorang terpaksa la berkorban duduk atas kerusi khas beralas bantal gitew..ye la, seat untuk Naza ada 7 je, nak himpit mana lagi.hehehehe.
gambar dalam kereta banyak diambil co-pilot cik. gambar atas ni, si Kerol tu tetiba excited nak main Smart Tag pulakkan..sampai terbaring-baring nak pegang Tag tu.bahaya sungguh. nasib lah mood cik ni baik. kalau tak, ada yang first time dengar cik bertempik.kui kui kui..
akhirnya tiba jugak ke Rumah Anak-Anak Yatim Damai. gambar dah skip terus ke dewan diorang. besar jugak la tempat diorang. seronok betul. tapi budak-budak tu cam tak kesah pun kedatangan kitorang. macam kitorang ni datang balik kampung pulak. hehehe.
pengurus Asrama Damai.  minta maaf cik lupa nama pemiliknya. masa ni pemilik cerita bagaimana tertubuhnya rumah anak yatim ni. cik tak berapa dengar sangat, sebab bising gila. yang cik paham, dia mula jaga anak-anak yatim masa dia bekerja dulu. mula kat kuarters, lepas tu dapat tanah dia bina asrama. kebanyakkan bangunan hasil dari sumbangan orang ramai. ada yang hantar kontraktor je untuk bina surau atau asrama, ada yang bagi duit, macam-macam cara lah.

dia jugak jelaskan tempat ni bukan sekadar untuk anak yatim, tapi ada jugak ibu tunggal yang fakir miskin, dijaga kat sini. maksud dijaga tu kira, diorang diberi penempatan dan diajar kemahiran supaya dapat memperbaiki taraf hidup diorang, jadi tak ada lah bergantung sangat pada orang lain.

pemilik ni jugak tok kadi kawasan tu. masa kitorang sampai pun dia nak cepat sebab nak pergi nikah kan duda dan janda dia kata. dia suruh buat macam rumah sendiri je. hehehe.
haziq dah dapat anak angkat baru dah. rupa dah macam bapak orang. gaya pun dah ada. tinggal nak cari isteri je. calon ada dah kot. berani tak berani nak gi meminang je ni. hehehe.


masa untuk makan. ini adalah dewan makan yang digunakan.besar jugak dan ada ruang masak. yang memasak tu ada jugak ibu tunggal yang dibawa kesini. masa ni kitorang memang kategori kebulur habis dah. lapar tu macam tak boleh nak cakap dah. kawan cik, kak eka bawak sandwich pun habis kitorang tibai. kebulur jugak. tapi makanan diorang memang terbaik wokk..cik tak pernah suka makan mihun goreng sesedap kat sini.
aktiviti bergambar beramai-ramai sebelum memulakan aktiviti sebenar. kalau ikut ramai lagi ni. penghuni lelaki nya hilang, mana tah diorang pergi. cik pun tak berapa nak pasti sangat. hehehe.
sebelum mula aktiviti, bergambar dengan bas. ingat kan bas penuh, kosong lagi rupanya. kalau tahu, baik tak payah bawak kereta. jimat duit dan minyak.
ini jalan nak ke asrama dan segala macam bangunan dari arah parking kereta atau dataran. dalam asrama ni ada S.A.R Integrasi, ada asrama lelaki dan perempuan (haruslah!), ada rumah staff, ada kolam renang (cik excited okehhsss!!!), ada gelanggang futsal. boleh kata banyak jugak lah tempat untuk budak-budak ni.
aktiviti pertama ialah futsal. pada masa yang sama ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. nak diikutkan tak ada futsal untuk perempuan, tapi budak-budak ni nak sangat, terpaksa la staff perempuan main. tapi budak-budak ni main boleh tahan ganas jugak. kawan cik baru nak cari calon isteri, terus cancel. ganas weyh. bukan main tau, diorang berlawan. tapi Hasil menang dengan 3-2.
yang lelaki Hasil pulak kalah berapa 0 pun cik tak tau. mana taknya, yang lelaki dah bapak orang perut dah boyot. lawan pulak dengan budak-budak yang tengah ligat lagi. memang tak dapat nak lawan la. budak-budak tu memang main style kampung tu, tak pakai kasut lagi. 
tadaaaaa!!! posing ala swimming pool. panas rembang celup kaki dalam swimming pool yang sejuk memang menyegarkan. nasib la cik tak bawak baju swimming. gambar ni memang menyakitkan hati sebab tembam. malas nak fikir dah.

dah banyak aktiviti yang dilakukan, akhirnya masa untuk balik. tapi budak-budak tu ramai yang dah masuk bilik tidur. ish..ish..ish.. macam tak kesah langsung. jadi kitorang tak dapat jumpa sangat budak-budak tu.
tapi sebelum balik, singgah jap kat papan tanda sebelum masuk Asrama Damai. haruslah nak berposing.
ni Akmal yang dah kepenatan. masa ni pun si Kerol yang bawak kereta. cik memang mata dah kuyu je. tak larat dah. jadi cik lah mangsa yang kena duduk di tengah. hehehe.

apakah pengajaran yang cik dapat dari pergi lawatan ni?sesusah mana cik rasa, ada lagi yang lebih susah. jadi cik kena belajar bersyukur sekurang-kurangnya cik ada ibu ayah, ada kenderaan, ada kerja walaupun tak tetap, ada rumah elok tempat berteduh, ada yang masih sayangkan cik. cik masih dalam kategori bertuah, tapi cik kurang bersyukur. jadi cik harus belajar lebih banyak bersyukur pada Allah, dengan itu dapat lah hati tenang menikmati hidup dan menerima seadanya.

nanti cik akan update alamat dan no telefon bagi sesiapa yang berminat nak buat sumbangan atau lawatan ke Asrama Damai.

p/s: trip Family Day BR1M kat PD dah nak basi dah. nak kena update cepat-cepat ni. lepas ni Family Day LHDNM Shah Alam kat Melaka pulak nak update.

_cik kedondong

2 comments:

Encik Haziq Harzizi said...

Cepat-cepat update pasal g pdd tu nokkk.. Aku penat dah tgu ni.. Harharhar

farida tarmize said...

halamak..entry tu akan muncul nanti..hehehe