Monday, July 16, 2012

Family Day LHDNM: Sukaneka dalam lumpur

  salam semua.

penat betul cik. tapi gagahkan jugak nak update blog. dengan nak study untuk interview. siapa yang baca mohon doa dari korang. interview yang cik tunggu-tunggu dan harap ada rezeki cik nanti.

entry kali ni pasal cik join Family Day LHDNM Cawangan Shah Alam dengan tema 'Riang Ria Bersama Keluarga'. Family Day ni pada 7 Julai 2012 dan diadakan di Taman Botanikal Melaka. tak sangka kitorang dapat jugak ikut. ingatkan tak dapat join. huhuhuh. hanya budak BR1M je tahu.

kami bertolak dari Shah Alam menaiki bas Hasil pada pukul 7 pagi. itu pun lambat sikit sebab ada yang lambat kan. itu pun habis dah kitorang call budak-budak yang lambat kaw-kaw punya.
posing sebelum naik bas itu harus.



yang telah berada dalam bas. ada geng kitorang yang dah gi dulu sebab diorang AJK Logistik. jadi yang ada dalam gambar ni lebih-lebihan je la. kitorang AJK Hadiah dan Sukaneka je gitewwwww.. muka masing-masing kelaparan sebenarnya.
nasib baik Kak Eka bawak roti untuk adik-adik nya yang tersayang. sorry kak gambar bergegar. bas ni tak stabil. hahahaha.
ini si Kemal. dia pantang naik kenderaan, tidur je dia tahu.
dah sampai Taman Botanikal u olls. dekat je dengan Melaka Wonderland. kira masuk ikut tol Ayer Keroh, boleh kata taman ni seberang jalan Taman Mini Malaysia. seronok. redup je. back to nature gitu.
sesampai je kitorang kena jalan sikit ke tempat lapang. lepas tu harus lah daftar nama nak kutip door gift kan. hehehe. muka eksaited je tengok doorgift, padahal sendiri dah bungkus masa hari Jumaat tu.hahaha.
lepas tu kitorang dapat sampul surat yang ada kupon makanan. memandangkan masing-masing masih tak cukup makan,, semua terus meluru ke tempat sarapan pagi, redeem kupon. hehehe. pastu bentang tikar yang dibawa dan makan dengan rakus sebab kitorang kena jaga sukaneka. thanks Kak Ili sebab sudi derma tikar pada kitorang yang memerlukan. huhuhu.
masing-masing buat muka terkejut sebab tetiba announcer cakap sukaneka dah nak mula. kejadah apa????
perasmian dimulakan dengan tembakan dari Ketua Pengarah Cawangan Shah Alam, Encik Abdul Halim. tembak pakai paintball sudah. tapi paintball ni salah satu aktivit jugak sebab pihak pengurusan kat sini sediakan untuk warga kerja LHDNM nak cuba. ada jugak memanah. gambar bawah sikit ye.
acara pertama ialah Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Menyusun Puzzle untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. meriah sungguh lah diorang mewarna. laju-laju pulak tu.
lepas tu cik ternampak Kak Raisah bawak anak dia yang bongsu; Adel yang comel pipi tembam sungguh rasa nak geget-geget and sedut pipi dia je. 
kenapa baby mesti comel? kenapa????
permainan pertama untuk dewasa ialah Terompah Gergasi. memang yang main semua nak macam gergasi je. hehehe.
muka cam nak tumbuk orang je bob ni. hehehe. diorang sedang bersedia nak menang perlawanan yang tak menang. sebab ramai aim nak dapat no 3 kot, dapat hadiah tuala atau no 2 dapat jam.
lepas tu aktiviti kanak-kanak 7-12 tahun pulak, isi air dalam botol. banyak sebenarnya aktiviti. gambar pun banyak. tak terlarat cik nak update la pulak kan. cik update apa yang penting je la.

muka adik-adik yang bahagia dapat nombor 1. hehehe.
banyak sangat game sampai cik malas nak terang. korang tengok gambar pun mesti tau. hehehe.
tengah syok-syok main tetiba hujan turun pulak. sapa yang berpiknik memang berlari mencari tempat teduh la. tapi tu pon kitorang tak berenti main. sebab bukan hujan lebat, cuma hujan renyai-renyai. jadi permainan masih berjalan lagi.

bila hujan dah berenti sikit, permainan 'Kita tengok siapa yang kena' bermula. ni lah gunanya dadu yang kitorang buat hari tu. kira ada 1,2,3 positif, dan 1,2,3 negatif. kalau positif berjalan kedepan, kalau negetif kena undur semula kebelakang. jadi game ni memang ikut nasib je lah kan. hehehe.


perrrrgggghhhh.. malas gila cik nak terang pasal aktiviti yang kitorang buat. hehehehe. sebab korang tengok gambar pun tak macam mana rupa permainan nya. tu belum kira yang gambar tergolek, tergelincir sebab tanah dah berlecak. sebab tau nanti ramai malu, cik tak upload la. hehhe.
acara memanah yang cik bagitau tu!!!
lepas tu lapar pulak kan. nasib lah ada makan tengah hari  disediakan. memang makan puas-puas je la kan. itu pun masa ni ramai yang dah nak balik. ye la, ramai warga kerja dah book bilik kat area Melaka nak berjalan. tinggal lah kami yang tak berduit mengharapkan bantuan bas je. hehehehe.


seronok tak terhingga sebab di beri peluang jadi sebahagian dari warga LHDNM caw shah Alam. jadi kitorang pun tak nak lepas kan peluang amik gambar beramai-ramai dengan penyelia kitorang; Kak Ili dan En Haza. tak tau la kitorang ada rezeki nak kerja bersama lagi atau tak.

bila masa nak pulang, ramai cakap bas akan bawak jalan gi jenjalan Melaka, tapi hampa sebab bas terus balik ke Shah Alam. yang menambah menyakitkan hati ada dua orang ikut member stay Melaka dan biarkan kitorang uruskan kotak-kotak yang perlu dihantar. (seriously memang cik annoy dengan dua orang tu sampai sekarang.)

disebabkan memasing tension, diorang main pingpong guna selipar je. memang tension tak hengat lepas tu layan gi karoke menyanyi tak hengat sampai pukul berapa tah.
dah habis karoke haruslah balik rumah. nasib la hari ahad tak buat pape, jadi dapat lah nak berehat kan. itu pun penat macam tak habis je.

tapi pape pun cik enjoy la menjadi sebahagian dari warga kerja LHDNM. seronok bekerja dengan semua, pada semua yang memberi tunjuk ajar pada kami. mohon maaf atas kenakalan kami yang tak terhingga sampai ada yang siap black list bagai.

p/s: lepas ni nak update pasal jamuan pulak.

_cik kedondong

No comments: