Monday, July 23, 2012

Berenang membakar kalori

Salam semua.

semoga Ramadhan ketiga kita diberkati Allah. Alhamdulillah, cik dah bersiap-siap bagai esok nak interview. harap segalanya berjalan lancar dan moga-moga interviewer terpikat lah dengan cik nak amik cik bekerja. hehehe.

entry cik beberapa hari ni lebih kepada kejadian ang berlaku sebelum Ramadhan. kira banyak jugak event dan majis yang dibuat sampai cik tak terlarat nak update semua sekali. cik update sikit-sikit je dulu.
entry kali ni nak cerita pasal kegiatan baru cik. berenang di akuatik. dah lama cik nak gi berenang kat sini, tapi dah nak dekat puasa baru berkesempatan. saje je nak gi berenang nak sihatkan badan.

pada mereka yang tak tahu, berenang ialah salah satu riadah yang digalakkan Nabi Muhammad SAW hingga ada hadith mengatakan:
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


tuh pasal la Dato Sheikh Muzaffar pun ajar anak dia berenang. cik pun bukan pandai berenang, terapung je pandai. tapi Insya Allah lepas raya ni, kalau dipermudahkan cik nak gi belajar berenang dekat kolam UiTM. tertutup sikit. kat sini segan la, ramai sangat.
lagipun berenang ni elok untuk menguatkan otot badan. macam cik, ni ada masalah lutut dengan buku lali, jadi nak guna peralatan gym tuh bukan pilihan cik lah. melainkan cik buat aerobik. jadi dengan berenang je cik dapat gerakkan seluruh tubuh cik tanpa merasa sakit terutama bahagian kaki kiri.
ni dua orang teman cik belajar berenang. Kak Eka tak nak masuk dalam gambar la pulak.

setia orang ada kegemaran masing-masing nak menyihatkan badan. cik lebih memilih berenang dan aerobik. kalau cik jumpa air, cik macam jadi overexcited pulak. sampai semua orang tau cik suka dengan air kolam. hahahaha..

jadi, untuk menyihatkan badan, pilih lah aktiviti yang korang suka. bagi menjaga kesihatan, boleh cuba Herbalife dengan menghantar email ke cik.kedondong@gmail.com untuk maklumat lanjut.

melaburlah sedikit untuk kesihatan yang berpanjangan supaya bila sampai masa kita pencen, kita boleh guna duit simpanan seperti yang kita impikan. jangan terlalu sibuk mengejar kekayaan sampai kesihatan terabai, bila pencen, duit habis kerana nak mengembalikan kesihatan. waktu tu dah terlambat dah.

_cik kedondong

No comments: