Thursday, May 3, 2012

#trip: Sg Chilling-bersusah dahulu, menikmati keindahan kemudian

Salam hari Khamis semua. dah baca yassin belum? kalau belum sila baca, tapi lebih afdhal baca surah al-Kahfi. eyhh?? takpe2. cik pun tak ada la nak kecoh sangat pun cuma nak kongsi cerita cik pegi mandi air terjun kat Sg. Chilling di Kuala Kubu Bharu.  yang pergi patutnya ramai, tapi ada yang lambat, jadi cik dengan lagi 4 orang gerak dulu la.
 masa kawan cik ajak, dia ada bagi amaran, nak sampai air terjun kene merentas sungai paras hidung kalau baring terlentang. cik ingat, setakat rentas gitu-gitu je la kan. tapiiiiiiiiiii, ya rabbi, kena jungle trekking selama 45 minit lepas tu 5 rentasan sungai yang sederhana deras dan paras peha lajugak, memandangkan cik ni kecik, jadi macam nak hanyut je rasa. nasib baik tak bawak DSLR, kalau tak menangis kat situ je sampai air sungai naik.
 perjalanan nak sampai pun dah lama.janji sebelum pukul 8, tapi nak dekat pukul 11 baru bergerak. jadi sampai pun haruslah nak dekat pukul 12 tengah hari. pas tu kena jalan kaki sikit, kena bayar RM1, daftar nama, salin baju, pas tu baru bergerak.
 sepanjang merentas tu, memang menyesal okehssss ikut. bengang gila sebab lama nak sampai. yang kawan cik tu pulak, "sikit je lagi nak sampai, sikit je, depan tu je". kau memang pandai memujuk oodd, sampai aku terpaksa jugak redah. mana taknya, nak balik pun dah terlambat. redah je lah.
 dah lah pakai selipar je, nasib baik tak putus. lepas ni kalau nak gi kena pakai kasut la. takpun mandi kat bawah je. tak tau la best ke tak. tapi bila dah sampai kat air terjun tu, Subhanallah, memang cantik, memang best. tengok gambar pun tak boleh nak luahkan la. sapa pernah pergi tau la.
 punya tinggi air terjun tu, sampai tempias dia boleh tengok kat udara. duduk jauh pun boleh basah badan kot.lepas tu air memang jernih. siap ada ikan lagi. jadi kira berenang dengan ikan la. dah la roti ada banyak kan. memang rezeki ikan la.
tapi dia ada jugak la kawasan dalam, dengan kawasan cetek. siapa yang pandai berenang boleh la nak gi sini. cik ni dah la pendek, tak pandai berenang, kaki terjuntai je nanti. kawan-kawan cik siap terjun buat flip bagai feeling macam terjun papan anjal kan. untunglah pandai berenang.
tapi tak lama pun kitorang. pukul 1 lebih sampai, dalam 2.30 dah gerak balik. itupun ada lagi satu trip sangkut kat lintasan 3. diorang dah sesat, lepas tu tak larat nak jalan, terus diorang lepak kat situ. kitorang balik terjumpa diorang kat situ. jadi sambung mandi kat lintasan 3 pulak sambil makan. hahaha.
 lepas tu kitorang gerak balik la. siap singgah-singgah kejap tengok ikan. lepas tu habis kan roti bagi ikan makan. memang macam piranha. cuma tak makan kaki orang je. hehehe. geli seyh. tapi ikan ni tak datang dekat dengan orang. dia lari jauh-jauh je. jadi tak payah nak takut sangat.
tengok hah air dia. jernih ke tidakk?? punya banyak ikan kat sini. patut la diorang panggil Santuari Ikan Sungai Chilling. nak berkhemah boleh, tapi kat bawah je la. nak naik ke atas dari pukul 700 pagi sampai 6.00 petang je. tu sebab bila masuk kena daftar nama. jadi diorang ada rekod, siapa masuk, siapa keluar. kot-kot la ada yang sesat larat ke, mati katak dalam hutan ke, boleh jugak diorang cari. jadi bersedia mental dan fizikal kalau nak pergi mandi kat sini. hehehe. kang ada yang menyesal lagi sebab tak pakai kasut yang betul.

nota tapak kaki berkerak: kawan cik ajak lagi datang sini. kena pakai kasut la lepas ni. tapi kalau berkhemah pun best jugak..hehehe.

_cik kedondong

No comments: