Tuesday, January 10, 2012

cik kedondong bakal Jutawan??

assalamualaikum dan selamat pagi semua.

kemain rajin pulak cik nak update blog kan. tajuk pun kemain. insya Allah, perancangan yang betul dapat la mencapai cita-cita.hehe..

cik cuma nak kongsi buku yang cik dapat dari ayah cik. maklumlah, cik ni memang ada masalah sikit bab-bab nak rancang kewangan. boros tu ada la jugak, tapi masih berpada jugak la. cuma cik ni ada masalah nak menyimpan pendapatan je.

selalunya buku kewangan akan bosan, banyak menulis dan membangga diri je. tapi buku Nota Jutawan, Nota Kewangan tulisan Irfan Khairi memang lain dari yang lain. buku dia memang seronok di baca, tulisan comel-comel, siap ada kartun lagi, lepas tu sangat mudah nak paham.

 ini muka depan buku baru cik. nampak je boring. 'Don't judge a book by its cover' tau.
 maaf la kualiti gambar kurang. kurang pencahayaan kot. hehehe..sila tengok isi kandungan buku ni. ayat mudah, teknik pengajaran pun mudah. cuma nak laksanakan atau tidak. 
 buku ni pun hasil tulisan Irfan Khairi yang kita tahu adalah seorang jutawan internet. tapi nak jadi jutawan bukan susah, dengan perancangan kewangan yang betul semua orang tak kira, tua, muda, pendapatan rendah, dan pendapatan yang tinggi pun, kalau berani nak mulakan langkah, memang pasti akan jadi jutawan.
nanti pandai-pandai pikir la nak buat apa dengan duit tu, anggaplah itu adalah pendapatan persaraan.hehehe.
 salah satu perkara yang kerap di timbulkan atau highlight kan ialah 'Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita,tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan dari pendapatan kita'. ada tak yang berani nak menyimpan 10% dari pendapatan. menyimpan sebelum bayar hutang dan bil tau. bukan lepas bayar bil semua. tapi kalau berani mula langkah, Insya Allah akan jadi mudah. cik baru nak mula sikit2 ikut tips dari buku ni.
 banyak jugak kata-kata perangsang yang dituliskan disini. Irfan Khairi bijak dalam menulis supaya pembaca tidak bosan lebih-lebih lagi berkenaan dengan kewangan. yelah, semua orang ada angan-angan nak belanja sana-sini, beli macam-macam. lepas tu, penulis bukan sekadar dari pengalaman dia saja, dia masukkan jugak pendapat dari pakar kewangan dunia macam Robert Kiyosaki (Rich Dad, Poor Dad), Suze Orman.
buku ni cik dapat dari ayah cik, jadi cik tak beli la.hahaha. tapi harga buku ni murah apa. untuk rujukan dan panduan pada yang ada masalah kewangan tu patut la beli. beli kasut, handbag, baju kemain beriban tak rasa mahal pulak.

tapi rancangan kewangan ni bukan sekadar untuk kegunaan hari tua, in case kita takde pencen ke apa kan, tapi jugak untuk elakkan kita dari di isytihar muflis. lagi-lagi anak muda sekarang ramai dah ada kredit kad walau baru mula kerja lepas tu seronok swipe sana-sini (sama la macam cik), lepas tu bayar hutang minimum (cik tak eyhhh). bahaya tu.

jadi untuk ingatan semua sekali lagi termasuk cik:

'Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita,tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan dari pendapatan kita'

_cik kedondong

3 comments:

Anonymous said...

baguslah...good ada meentor...

farida tarmize said...

hehehe..kene cari mentor nak berjaya..baru ada contoh

mia izzati said...

eh saya baru baca buku dia ni..kat blog pon baru semalam post pasal buku nihhh...