Friday, October 28, 2011

# anak dara belajar masak: di zaman teknologi.

salam Jumaat semua umat Islam dan jugak yang sudi membaca blog cik yang tak seberapa ni. saja nak ajak bersembang bertukar maklumat je. takde maklumat sangat la sebab semua orang mesti dah tau dan dah kenal.hehehe.

nasib ada iPad ayah tinggalkan.boleh jenguk-jenguk resepi.nak bukak laptop malas sangat.

zaman moden ni memang banyak gunanya, dan adakalanya sangat mencabar. cik ni bukan lah orang pandai masak, rajin lagi lah jauh sekali. tapi sejak ibu ayah cik gi haji ni, cik kena lah berdikari, masak untuk adik-adik kan. takkan nak beli je. tak berduit kitorang nanti.

cik bukan lah orang yang tak pandai masak langsung, cik kenal je semua bahan-bahan, lagi-lagi cik ni dulu belajar kulinari, takkan tak kenal bahan kan. cuma masa belajar dulu, kalau masak lauk atau main course, memang selalu nya tak jadi. tangan cik jadi kat kuih atau dessert je. hehehe.

tapi dengan zaman IT serba canggih ni, google je resepi apa, mesti jumpa. jadi tak jadi, belakang kira. cik nak memperkenalkan blog yang banyak membantu cik dalam bab masak-masak ni. cik mesti search kat diorang dulu sebelum gi search kat google.


blog ni nama macam blog menjual kain, tapi jangan tak tau, ni blog Mat Gebu yang femes antara blog-blog masak. macam-macam resepi ada. rasanya tetiap hari akan ada je update resepi, sampai cik pon kecur air liur tengok haaaa...
blog ni selain masak, ada jugak 'gosip-gosip tingkap'.bukan gosip macam ngumpat orang ye, takde, tapi lebih kepada tips-tips macam gi jiran umah sblah mintak tips masak la.hehe..memang cik kagum mat gebu lagi pandai masak dari cik. kene belajar lah dengan blog abang mat.


blog kak ita ni pulak cik lagi la suka melawat. selain resepi yang macam-macam dia cuba untuk santapan keluarga, kak ita amik gambar lawaaaaaa..macam food photographer yang bertauliah. cik yang belajar food styling dan food photography pun tak amik cantik macam kak ita tau.
kalau melawat blog kak ita, memang rasa nak masak time tu jugak. dengan gambar nye, adoi kak ita selalu buat cik jeles tengok cara dia amik gambar. jugak dengan makanan yang dibuat macam cantik, comel lote, gebu-gebu.

 setiap gambar kak ita ada seninya sendiri.
disebabkan kemajuan teknologi ni lah, cik berjaya mendapatkan bahan yang betul nak masak kari ikan. bukan cik tak tau masak, cuma tak tau bahan yang patut ada dalam kari ikan. adik-adik cik kata kari cik dah sama macam ibu cik buat. hehehe. boleh lah masak lagi.hahaha.

p/s: thank Mat Gebu dan Kak Ita bagi virtual tips dan bagi pinjam gambar.hehe.

2 comments:

snuMun said...

kita pun ske blog kak ita!

cik kedondong said...

Kannn..suke tengok gambar dia..resepi pon best2 je..