Monday, August 15, 2011

Oo schokulah!

Salam Ramadhan u ollsss..

haaa..mesti korang pelik apa kehe nye tajuk entry gitu ghope kan? hehe. sebenarnya itu cara nak nak sebut Au Chocolate. ini bahasa Perancis. korang apa tau? hehehe..jangan menangis jangan merajuk.

saja nak cerita pasal cik gi kilang Beryl's dekat Bandar Baru Bangi. Lokasi belakang Kagumas Catering. sekarang ni tengah ada SALE Coklat tau. dari 13 Aug sampai la berapa haribulan entah.cik pun lupa. dalam website dia tak ada la pulak kan info. 

diorang ni saja je tak nak kongsi dengan u ollss semua kan? tapi tak pe la. cik yang comel lagi baik hati ni nak kongsi la pasal Beryl's coklat. pasal kedai Beryl's tau, bukan nak kongsi coklat. hehee

cik takde la nak tunjuk apa sangat. cuma cik nak menunjuk la sikit kan kedai diorang. cantik seyh. design ala-ala engerish u ollsss. banyak pulak la kan coklat dalam tu. 


tapi sayang seribu kali sayang. cik tak minat makan coklat. maka terjadilah perasaan yang takde la teruja sangat kan tengok coklat melambak depan mata.

 tapi banyak jenis jugak coklat Beryl's ni. ingat kan sikit je. al-maklumlah, orang tak minat bukan kisah kewujudan berapa banyak jenis coklat pon. 

tapi cik tengok memacam jenis Beryl's ni buat coklat. ada Tiramisu la, Egg coklat la (rupa dia sebijik macam telur burung puyuh). macam - macam jugak la. cik tengok, adik-adik cik memang dah rambang mata la kan. 
 packaging dia pulak mak aihhhh comel bebenor bile  nengoknya. boleh buat hadiah terus. nak buat hantaran pun boleh. dah tak payah bungkus-bungkus. beli je lepas tu terus hantar rumah pengantin. hehehe. 
 harga yang dijual pun berbaloi-baloi jugak ye la. sudah la besar, pastu banyak pulak. makan sampai terlebih hormon apa tah cik pun tak ingat. tapi Beryl's banyak jual dark chocolate or semi sweet chocolate. jadi memang elok la untuk kesihatan yang feeling2 nak kurus kan. hehehe..

coklat masakan pun diorang ada jual. bukan setakat tu je, ada jugak tempahan kek. cik tak pernah cuba lagi la. kene cari birthday sesiapa baru tempah kek la kot. walaupon hari ni birthday en. jambu, tapi memandangkan dia jauh, buat pe cik nak beli kan. lagi pun dia tak suka benda manis.

 cik ada bagitau kan, selain gift pack diorang jugak buat hamper. banyak jenis la jugak cik tengok. macam gambar kat bawah ni. maaf je lah. cik ni pendek. jadi gambar memang dari sisi bawah la sebab rendah sangat kan. itu pun dah angkat tinggi dah tangan cik ni.heheh.
  tapi kalau korang nak beli hamper, tapi malas nak gi kedai dia, leyh jugak korang jenguk-jenguk kat website diorang. siap leyh tolong pos lagi u ollsss. harga hamper dari semurah RM50 sampai la RM 350. pilih je berapa budget korang.

whhoopppsss.sesat gambar adik cik.dia nak sangat amik gambar sebelah coklat. pelik bila lelaki suka coklat. tapi adik cik suka gila makan coklat.

sila lah shopping siapa-siapa yang dekat dengan Beryl's sama ada Bangi atau Seri Kembangan.


*bon appetite*

No comments: