Tuesday, August 16, 2011

Kedekut Betul!

Salam 16 Ramadhan.

tak sangka pejam celik, pejam celik dah 16 hari umat Islam berpuasa. memang tak terasa langsung masa berlalu. bulan Ramadhan ni memang kuat dugaan lebih-lebih lagi masa cik bekerja. maklumlah cik kerja Customer Service. sejak akhir-akhir ni pulak, pelanggan ramai je nak naik darah. bulan-bulan puasa talifon je terus menjerit siap mencarut-carut lagi. kalau non-muslim cik paham. ni yang muslim dok mencarut punya la macam dah tak de Iman dah.

tinggalkan pasal kerja. sebab bila cerita pasal kerja, darah naik sampai kepala, temperature nak marah pun tiba-tiba je menerjah ke otak. boleh kene darah tinggi cik nanti.

entry ni nak cerita pasal duit raya je. bersemangat cik menukar duit dekat Bank Islam. tukar cepat-cepat nak dapat duit cantik. hehehe. cerita pasal duit raya ni banyak kenangan. dulu kecik-kecik memang banyak la dapat duit raya. lagi-lagi kalau baru dapat result yang gempak kan. macam PMR 8A ke. memang lagi banyak la duit raya orang bagi.

dulu bagi budak-budak semua ucap 'terima kasih' pastu pandai bersyukur. budak zaman sekarang ni, ish2..kita bagi RM2 dia dah cakap kita kedekut. eiiiyyyy. dapat kat aku memang aku rampas balik la duit tu. baik aku sedekah kat rumah anak yatim dari bagi orang tak bersyukur.

tahun ni cik raya tak ada cuti. kalau ada pun sehari je kot. jadi cik siap buat kuota lagi buat adik-adik atau anak-anak saudara yang nak mengumpul duit raya kan. untuk adik-adik cik sendiri banyak la duit raya nak bagi kat diorang.

macam kejam la pulak kan buat kuota. tapi saja2 je kan. hehehe. buat bergurau. cik buat kuota:
'pemberian duit raya adalah kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun dan berketinggian kurang dari 149 cm. tarikh pemberian pada 30/31 ogos dari 9 pagi - 4 petang'

haha..macam nak buat pemberian bubur lambuk pulak. jadi, yang dah bekerja boleh la mula memberi duit raya. anggap la macam sedekah. kalau tak nak, tak payah balik raya.hehehe.

adik cik buat gaya macam iklan kat facebook.login dapat duit.

_cik kedondong

No comments: