Saturday, August 7, 2010

5 tips menghubungi Customer Service Centre


gambar curi dari en.google

cik baru je kerja Contact Centre ni dalam 4 bulan lebih la. tapi cik nak la bagi tips pada mereka yang nak telefon contact centre.sebab bukan senang nak call kan? tunggu ada masalah baru nak telefon kan? jadi cik bagi la tips tak tau la berguna atau tak untuk semua supaya memudahkan kerja korang dan juga kami yang dok menjawab call ni.

1. maklumat penting.
  • sila pastikan maklumat macam no akaun ke, ape yang nak ditanya ke, dah sedia.jangan time tu bila Customer Service Representative (CSR) tanya, baru nak cari la, tak ingat la, tertinggal la.kan dah membazir duit sebab kene cakap lama-lama.

2. jangan buat prank call.
  • jangan sekali-kali buat prank call tak kira la kat mane-mane service centre sekali pun.kalau 999 korang kene dakwa kan?kalau dapat kat CSR yang tengah bad mood, selamat lah korang ye.nanti dia dajal korang tak jamin.

3. sila telefon ketika masih rasional.
  • maksudnya kalau tengah marah yang amat sangat, sila-sila lah bawak bersabar.sebab kalau call dalam keadaan marah, korang pun tak leyh nak pikir dan terima apa yang CSR cakap.lepas tu dari nak tolong jadi malas nak tolong.
  • cuba korang call, dengan suara yang lembut dan perasaan kecewa yang amat sangat, CSR pasti cair dan rasa nak membantu sedaya upaya. kalau marah sangat, masalah tak selesai lepas tu korang sakit jantung baru tau.

4. pastikan betul-batul masalah yang dihadapi.
  • kalau korang hadapi masalah teknikal, korang cekdulu betul-betul.pastikan korang ada dekat dengan produk.contoh, kalau tak dapat tengok Astro, call depan tv.kalau streamyx problem, pastikan komputer dah on, modem dah on.jadi bila CSR tanye korang boleh jawab.takde la korang baru terhegeh-hegeh nak bukak tv la on internet la.kan dah susah.
  • kalau yang depan tv selalu takde line, catit apa masalah dia. bila call cuba mintak Basic Trouble Shooting(BTS). dah buat masih tak dapat baru boleh mintak hantar technician.
  • bila CSR suruh buat BTS buat betul-betul..jangan main cakap dah je.silap-silap bende senang korang tak buat betul-betul dah membazir masa nak tunggu technician datang.
5. jangan memaki CSR.
  • sila jangan maki kami.kami cuma ikot prosedur sahaja.nak maki produk kami tak kesah.kami ni pun nak cari rezeki jugak.tapi kalau CSR kurang ajar, sila lah buat laporan kalau tak puas hati.tapi kalau korang dah start maki, hati nak membantu tu dah tak ada,dari kami sanggup nak berlari pergi selesaikan masalah, kami jadi takde mood nak buat cepat-cepat.jadi keyword penting ialah "sila buat suara kasihan dan sangat sedih dengan masalah yang menimpa, kami pasti cair".
sekianlah tips yang tak beberapa nak penting.ye la kan.kadang-kadang orang rasa tak penting.tapi bila dah ada masalah main redah je nak maki.bukannya kami tak nak tolong.lagi pun pelanggan bukan nye sorang je.ramai kan.

p/s: ada ke yang nak baca dan saman cik sebab entry ni?tips ni bukan cik dapat sebab kerja kat tempat cik je, senior cik ada yang dah keje banyak contact centre.lagi banyak pengalaman dorang dapat.yang mendajal customer yang kurang ajar pun ada.jadi sila jadikan panduan sebelum telefon kami.selamat mendail!

_cik kedondong

9 comments:

Lady Waleane said...

cik.. aku sentiasa ikot tips2 ni tiap kali call celcom.. aku takde call customer service lain selain celcom.. haha..;p tp aku tak penah marah2 okeh... tak mcm macik yg call aku haritu. haish

farida tarmize said...

ade eyh makcik call ko marah2?ish2..ko patot amek nombor dia pastu bagi kat laman web lucah..bia padan muka die

Anonymous said...

br jer call ASTRO..tp terpaksa call lagi coz diorg kata sistem down...nak mtk replacement card terpaksa call byk kali..kenapa camtu ek???

farida tarmize said...

ila- nk mtak replacement?kalo susa nak dpt leyh gi servis centre amek kad..
tp kalo nk anta patot xsusa..takot call bz je.tu yang jd cmtu..

Anonymous said...

tu lah, selama ni xpernah pun susah...tp kali ni dia kata sistem down..xleh nak report pasal replacement card...CSR tu ad suggest suh pi center..tp center plg dekat di alor star..huhuhuuh...kalau mtk cik kedondong jer buatkan leh x?????so, xpyh call lagi..kita guna sms jer..hahaahahhaah

farida tarmize said...

nak buat boleh ka..xde hal..
tapi tu la.
takot akak xkonfiden ke
akak bg mail akak, nnt kita hntar pe yang kita nak.

Anonymous said...

add di YM or email jer...el_isha999@yahoo.com...
serius ni tau coz ila jaga siaraya astro di uitm perlis...so, sgt byk masalah...huhuhuhuhu..xlarat den nak call byk kali..sudah lah tidak bole claim fon bill...huhuuhuhu

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.