Sunday, February 21, 2010

rambut kuat dengan PANTENE

cewahh..ayat nak macam iklan syampu pulak.hahaha..

saja-saja nak cerita pasal syampu cik yang cik cuba dan berkesan untuk cik.cik sangat suka dengan PANTENE HAIRFALL CONTROL.memang seperti yang dikata dalam iklan.

memandangkan rambut cik ni asyik gugur tahap melampau sampai rasa nak pergi YUN NAM HAIR CARE buat rawatan, tapi cik teguh kan hati jugak mencuba syampu ni.berkesan jugak akhirnya.rambut gugur dah kurang.maka tiada kerisauan lagi. hik hik hik..gelak mengada yang amat sangat.

dengan syampu ini, rambut cik menjadi lebih lembut dan hitam bersinar.wahhhh...ayat memang tak boleh belah.

sebenarnya, cik telah mengikut petua yang salah.cik dengan rajinnya mendengar cakap seorang insan mengatakan bahawa conditioner adalah tidak elok dipakai dan boleyh menyebabkan kulit kepala berminyak.yang menjadi masalahnye ialah, orang yang berkata tu rambutnye sentiasa pendek dan tak pernah la panjang mengurai macam cik

cik sampai kene marah dengan hairstylist kat salon.die siap cakap:

aiyaaa miss, u jangan dengar cakap orang la.rambut u panjang.u kene pakai conditioner.tapi pakai hujung rambut saja.kasi rambut u sihat.nutrien kat kepala u cume sampai 6 inci saja rambut u.yang lebih-lebih tak sampai.itu pasal ada conditioner.

cik pon tak tau la nak percaya ke tak kan?cik pakai je la.tak rugi pon.cuma ikot nasihat die sikit la.sudah kene bebel.takkan tak nak dengar.kate pon untuk rambut sendiri.

ok.cik nak pergi makan.nanti cerita lain pulak.

_cik kedondong

3 comments:

GurL-FriDay said...

i pun sama. yun nam hair care tanam rambut ke? i punya tahap keguguran dah macam autumn on my head. teruk kot. risau pun ada. kalau shampoo tu berkesan, ckp eh? :D

Unknown said...

rajin pegi salon yea ;)

farida tarmize said...

gurl-friday- yun nam tok rawat kulit kepala dengan inai..supayakurang rambut gugur..tapi pantene pon ok gak..bau pon wangi sgt.

bunbun-sekali-sekala.trim rambut je