Saturday, February 20, 2010

longkang oh longkang!

kenapa kaki yang busuk lagi hodoh ini menjadi santapan mata kamu semua?buka-buka blog terus nampak kaki..heheheh..cik nak ceritala ni.cik siap tak kenal lagi mana buku lali.

pada suatu petang di suatu senja yang sudah menghampiri isyak [senja lah sangat], seorang gadis comel berbaju oren berseluar hitam turun dari komuter dengan berhati-hati sekali.mengawal segala pergerakan dengan sopan santun.mengerlip-ngerlip kan kelopak mata seperti mempunyai bulu mata yang panjang mengurai[ini sudah lebih perasan].berjalan dan berjalan hingga ke penghadang tiket.melayahkan TOUCH N GO nya dengan sekali layahan sahaja.lepas lah dia dari hadangan.

gadis itu tidak sabar lagi hendak pulang kerumah.berehat setelah penat melakukan aktiviti bersama rakan sekelasnya yang cantik lagi kacak.dia melangkah dengan berhati-hati.walaupun gelap, langkah yang yakin perlu ada.

dengan tidak semena-mena[betul ke ayat aku ni pejal?], langkahan kaki menjadi salah, gadis itu cuma menyedari yang dia sudah berada di dalam longkang yang agak dalam.hampir tiga suku dari badannya sudah berada di dalam longkang itu.dia sangat bernasib baik.longkang itu kering.tapi seluruh muka nya terasa malu.dengan kekuatan yang ada, gadis itu memanjat dan keluar dari longkang tanpa memandang sekeliling. gadis itu mengabaikan rasa sakit di kaki.berjalan dengan yakin ke kenderaan yang telah sedia menunggu.

pabila sampai dirumah, gadis itu menceritakan kejadian yang baru berlaku kepada orang tuanya.sambil ketawa riang seperti berlakunya kejadian kelakar.tanpa diduga dia menangis teresak-esak.atas dasar kasihan, adik-adik gadis itutelah memberi sedikit ayam KFC yang mereka beli buat memujuk hati kakak yang luka.

kejadian yang berlaku telah menyebabkan kaki gadis itu bengkak sehingga tidak dapat berjalan dan mengikuti aktiviti bersama rakan sekelasnya yang cantik lagi kacak pada keesokan hari nya.ayah kepada gadis comel itu menyarankan supaya pergi ke klinik dan meminta MC berserta ubat yang diperlukan dan juga ubat batuk kerana batuk gadis itu masih tidak hilang-hilang walaupun sudah seminggu lebih memakan ubat.

sekian,habislah cerita gadis comel jatuh dalam longkang..

p/s: cik memang menangis sakan la sebab sakit hati, sakit kaki, malu, kelakar. macam macam ada.hahahah..hari ni MC.

_cik kedondong

3 comments:

meo188 said...

apakah?

blog ini mkin xbermaya sjk bercinta?

Faizal Sulaiman said...

hahaha.err jgn kecik hati ye gadis comel.

perghh gila separuh badan.besau godang longkang tuh.

hehe..betol la tu dengan tak semena-mena.cayalah!

weh movies yg aku nak burn tu camne.uwaaaa

farida tarmize said...

meo-blog ini maken tak bermaya sejak kerja

faizal-longkakng tu dalam la..movies?waaaaa...ade2.tapi aku asek tak sempat nak burn