Friday, June 20, 2008

aku terima nikahnya


gambar ini hanyalah hiasan semata-mata

:please:ohohoho..sila jangan salah faham.tajuk entry ituh mengenai buku yang ak baru bace separuh tapi penuh dengan ilmu dan pengajaran.buku ini ditulis oleh HASRIZAL ABDUL JAMIL terbitan GALERI ILMU.

dah tajok buku cenggituh tentulah pasal perkahwinan.aku bace sebagai persediaan.aku tak peduli la korang nak kate ape.tapi t
erlalu banyak nasihat dari orang yang berpengalaman.mengenai cinta dan perkahwinan dari sudut islam.tentang perkahwinan, hubungan antara suami isteri, mentua, ipar duai dan sebgainya.

kat sini aku nak kongsi beberape nasihat yang menarik hati aku.lagi-lagi untok aku yang masih solo molo ni..jadikanlah panduan buat kite sebelum menghadapi gerbang perkahwinan.kalo nak bace lebih lanjut silalah beli di kedai-kedai buku berhampiran anda.
:blush:
  1. pelikkah cinta tanpa kenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms?
  2. dalam soal berumah tangga,JANGANlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri atau suami sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan.
  3. TERIMAlah seseorang seadanya. kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.
  4. seseorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal, tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.
  5. biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetaplah warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.
banyak lagi nasihat dan tunjuk ajar yang buleyh dibuat panduan..nak senang beli la buku ni..tak rugi pon.buleyh buat simpan, bagi hadiah, ape2 pon buleyh.buku nih kaler biru untok pengetahuan anda, kalo nak cari la.sekian saje ribiu pasal buku..nanti kalo ak rajen bace buku aku update lagi..tata..
:wave:

xoxo
~keCiL~

2 comments:

menteil said...

apa yang aku belajar dan kaji
memang harussss memilih dalam soal jodoh..
mane leh cam kata artis af tu "redah jer.."

tapi bukanlah kesempurnaan yang dipilih..
seimbangkan antara kebaikan dan mungkin keburukan..

masuk post nie ntah bape kali aku tulis 'seimbangkan' hari nie..
errmm???

farah aminuddin said...

thanks for sharing..