Thursday, November 21, 2013

Apa saya buat dalam 'traffic jam'

Assalamualaikum

Lama seyh tak update blog ni. Sebab baru amik gambar dari memember untuk aktiviti ofis baru-baru ni. Jadi cam slow sikit la. Pulak tu cik asyik balik lambat je gara-gara jam. Misteri betul. Padahal bebudak dah cuti sekolah kot. Boleh kata dah 3 hari berturut-turut cik sampai rumah lebih dari pukul 8. Maghrib memang dah kelaut dah. Dok qada je. Siap nangis2 dalam kete sebab lambat sampai.

Jadi, bagi mengurangkan sakit jiwa, cik banyak la buat aktiviti dalam kereta bagi hilang rasa boring dan ngantuk. Cik tau, korang pun mesti ada aktiviti korang sendiri. Kalau yang car pool tu memang syok la. Yang drive sensorang ni. Mau nangis tiap-tiap hari hadap jem sorang.

Mai cik cerita:

1. Dengar radio.

Ni kira standard la. Mesti semua orang dengar radio takpun cd ke usb ke. Kalau cik, cik layan Ikimfm. Skema ke tidak. Hahaha. Cik mesti la kena layan radio camnih. Sebab cik cepat emo sket atas jalan. Lagi pulak dengar radio lagu yang memacam. Memang cepat je panas hahti cik.

Orang memotong tak boleh, hon sikit cik naik angin siap hon semula. Haih. Bahaya..bahaya.

2. Menyanyi

Ohoiii.. ni standard. Cuma cara menyanyi tu je. Kuat, perlahan, humming, penuh perasaan sampai nangis2  or head banging. Macam-macam gaya boleh tengok. Malu tak malu orang nengok je.

Kalau cik, setakat gerak bibir je la. Ye la..cik kan layan radio penuh nashid ngan bacaan zikir. Kejadah pulak cik nak head banging kan. Buang tebiat namanya tu.

3. Makan

Hahahahahahahahah. Ini memang bahaya. Boleh buat cepat gemuk. Dulu ye cik suka simpan stok makanan melampau dalam kereta. Tak pun cik beli la mcD ke apa buat makan.

Sekarang ni cik tinggalkan air atau bawak buah-buahan atau pun kacang2 kecik2 je. Kudap-kudapan orang kata. Bagi hilang ngantuk. Beli makanan berat, mau cik menguap je. Dah la kL ni jem dia lain macam je.

4. Selfie

Hehehehe.. ini bila perasan cantik. Habis segala posisi amik. Muka penat. Muka ayu. Mulut itik. Muka macam comel. Muka zabedah. Semua amik lah. Rasanya orang sebelah nengok pun mesti muntah kacang hijau. Hahaha.

5. Tengok movie.

Ini kekadang je la. Kalau ada movie yang kereta cik mampu read, dapat la layan. Tapi kadang subs kecik je, maka muka tak faham lah.

6. Text messaging

Hoihoihoi. Ini paling bahaya. Kekadang cik simpan je hendphone dalam handbag. Tak nak bukak. Tu pun cik on bluetooth. Jadi kalau ada orang call, pakai speaker kat kereta je. Selamat sikit.

Tapi kekadang gatal gak. Siap amik gamba letak kat instagram tu. Haih.. farida.farida.

7. Tidur

Ok. Cik penah buat ni sekali je. Tapi masa tu jam tak bergerak. Rasanya 5 minit jugak la cik tidur.  Itupun puas sungguh. Nasib la kereta tak bergerak sangat. Masa tu mengantuk sungguh mata cik. Sampai memang tertutup dah. Nak buat eksersais tak tau nak buat apa.

Banyak gak la aktiviti cik rupanya. Korang buat apa lah ye. Ada tak orang potong bawang ke sayur ke masa dalam jam? Buat masak kat rumah. Heheheh. Lepas ni cik bawak ikan bilis. Kupas banyak2 dalam kereta.

Rasanya cik kena beli dumbell lah. Buat eksesais tangan dalam kereta. Kasi muscle orang takut sikit. Hahaha.

P/s: kepenatan melampau. Tengah berkira-kira nak menyewa rumah.

No comments: