Wednesday, October 2, 2013

Kembara Nasi Ayam

Assalamualaikum Semua. Lama sungguh cik tak update blog makanan ni. Sebab cik dah lama tak memasak or pegi makan kat kedai. Memandangkan cik tengah giat menstabilkan berat badan semula jadi cik tengah kawal pengambilan kalori makan cik.

 Budak ofis siap tensen bila cik dok kira kalori setiap makanan.Sebab cik dok ikut tips diet Kevin Zahri. Bukan diet gila2, tapi diet secara sihat dan seimbang. Tetap makan macam biasa cuma kuantiti dikurangkan.

Tapi cik nak share pasal kedai Nasi Ayam kat Precint 9 Putrajaya. Rasanya siapa yang duduk area pUtrajaya ni dah tak kot ke-femes-an kedai Nasi Ayam kat Medan Selera Precint 9 nih. Berdepan je dengan pusat akuatik. 
Punya lah panjang orang beratoq. Tapi nasib baik servis dia cepat jugak. Nama gerai dia Eiyma's Nasi Ayam kot. Hahaha. Cik ingatkan gerai dia semata-mata nasi ayam je, rupanya ada banyak sup-sup. cik baru perasan bila kawan cik dah order. Padahal cik tak ada selera nak makan nasi. Takde selera pun langsai jugak nasi tuh. Hahaha.

Tapi hari ni pulak ayah cik belanja nasi ayam yang dikatakan sedap di kawasan seremban. Ayah cik kirim dari kawan dia yang dok kat seremban jaya. Sayang sungguh cik tak dapat amik gamba. Sebab dah selamat masuk perut. Hehehe. Next time eyh. Tak pun kalau sesiapa yang tahu pasal kewujudan Nasi Ayam Seremban Jaya yang cik rasa lebih sedap dari Nasi Ayam Putrajaya, sila roger. Cik nak amik gambar je. 

No comments: