Friday, July 26, 2013

Iftar lagi: Cafe Istana Budaya

Assalamualaikum semua.

Berdasarkan gambar diatas,menunjukkan betapa menyampahnya sebab entry yang patut update sebelum raya di update penghujung raya. Nampak sangat mengada nak update jugak. Tu yang buat muncung itik bajet comel. Padahal penat nak pengsan berjalan teman shaza cari baju raya.
Nak cerita betapa susah payahnya mencari baju raya brsama shaza. Pusing shah alam tu berapa kali tah. Pergi SBU sampai 2 kali. Nasib jumpa jugak baju raya. Keluar dari pagi kot. Rasa melekit-lekit muka.

Tu yang lepas habis shopping terus je gi IB rehat dan solat kat surau sana. Siap ada yang buat majlis nikah waktu buka puasa. Hebakkk gila. Jimat duit kot. Hahaha.
Pastu kan, bila dah sampai macam wajwajibulghunnah La kena amik gamba banyak2. Nama pun perempuan. Kalau gambar tak 360 memang tak sah. Sekali posing mau namplohpat kali klik sampai lawa.
 
Pastu sampai pulak nak dekat buka. Amik kau. Sampai penuh meja. Dok ulang alik meja buffet. Tu pon cik amik untuk berbuka dulu. Lepas solat baru tibai semua. Sebab dok tunggu kambing golek. Sekali tak sampai pon kambingnya. Kambing dah kene potong. Iklan tipu sangat nih.
Pastuh gamba dengan makanan lak. Kitorang dipisahkan dengan dua meja panjang. Jadi macam kurang bergaul sikit la. Tu yang kalau korang tengok ada je manusia yang tiba2 menempel kat meja lain. Hahahaha.

Ni pun gambar cik amik dari kawan2 cik je. tak de mood nak amik gambar dari henfong sendiri. Jadi tumpang masuk je kat henfon orang. Hahahaha. Sebab cik dok tumpu makan je. Tapi kambing dia sedap weyyhhh. Cuma masin sikit lah bila dah sejuk. Naik darah tinggi.

Bila dah habis makan dah solat maghrib, macam biasalah, aktiviti amik gambar-pastu cakap nak balik-pastu amik gamba lagi-pastu salam2 nak balik-pastu amik lagi gamba. 

Penat wey ngan depa ni. Ajak balik tak mau. Padahal cik dah ngantok gila dah.

3 comments:

Anonymous said...

kurus dah ko skang

farida tarmize said...

Huhu..kene kurus kan badan sebab dah overweight hari tu..ninkene maintain lak.

farida tarmize said...

Huhu..kene kurus kan badan sebab dah overweight hari tu..ninkene maintain lak.