Saturday, January 26, 2013

Sambutan Maulidur Rasul PKP

Salam sabtu..

Wah...minggu ni cuti 3 hari kan. Seronok betul siapa yang cuti lagi panjang drag dari Khamis Maulid Nabi hari tuh. Semoga semua berehat-rehat lah hendaknya. Nanti selasa kerja biar lagi produktif. Jangan makin lemau pulak. Hahaha. Macam cik je nanti.

Jumaat semalam cik tak amik cuti. Jadi datang ofis dengan semangat yang tinggi. Kebetulan ada sambutan Maulid Nabi peringkat PKP buat julung kali. Sempena kami berpindah tempat baru lagi. Kena la banyak2 serikan tempat tu dengan ayat-ayat Quran dan selawat.

Selain tu, ada jugak tajaan pulut kuning buatan Kak nora. Sedap woooo..memang siok dan layan jugak lah kan. Lama tak makan. Orang dulu-dulu kata, pulut kuning ni untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Kalau kahwin, supaya hubungan suami isteri kekal hingga akhir hayat. Punya lah simbolik pulut kuning ni.

Tapi cik pulak jenis tak makan pulut banyak. Jadi dok tibai rendang je lah. Kuih yang ada pun sedap weyhh..tapi cik musykil nama kuih hijau tu. Kulit macam ketayap, tapi bentuk macam karipap. Inti dia ada kelapa dengan kacang. Diorang kata kuih dari Kelantan. Cik tanya orang kelantan, diorang pun yak tahu. Hahaha. Pasrah je cik.

Bila dah kenyang, kena lah ucap terima kasih pada yang sponsor. Moga Allah limpahkan lagi rezeki buat mereka. Aminn.

Selain dari tu, hari Jumaat jugak haro terakhir Puan Ruhilah bekerja. Lepas nih dah berehat2 lah dia. Selamat berehat Puan. Terima kasih atas sambutan puan buat kami yang baru masuk. Walaupun kenal puan sementara, tapi saya seronok dapat mengenali puan dan kami rasa diterima sebahagian dari PKP.

Sedih rasanya nak berpisah. Tapi lumrah hidup begitulah. Perjalanan Allah telah tuliskan. Dan selagi masih bernyawa, perjalanan harus diteruskan.

No comments: