Sunday, April 8, 2012

#anak dara belajar masak: Color Marble Cake

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

yambooiyyy..lama gila nak update blog. nak berjanggut. haha. apa boleh buat. kalau dah malas, memang apa pun tak boleh. lagi pun minggu lepas hari minggu sibuk kat ofis, konon ramai nak hantar borang last minute, ghopenye nan hado. borang beberapa kerat je.

jadi disebabkan minggu ni tak buat apa-apa, cik pun dengan rajin ajak adik cik masak kek. cik ni kalau buat kek, dalam masa 2 minit, cik boleh bertukar arah. kejap nak kek coklat la, kejap nak kek vanilla la, kejap nak kek oren la, sampai adik cik marah lepas tu cakap "ikot suke hati kau la kakak. pening kepala aku". hahaha. macam kau tak kenal kakak kau ni kan.

lepas dah fikir-fikir, lepas tu belek buku resepi, cik ikut resepi Kek Lapis Vanilla. tapi cik tukar kaler dan ising terus jadi Colored Marble Cake with Whipped Cream Topping. kemain panjang nak mamposss.. lantak korang la nak baca atau nak panggil camna. hahahaha.. -_-" kurang ajar betul kau ni cik kendondong - suara hati korang kan?.

jadi , tanpa melengahkan masa, mari mengenali bahan-bahan. bahan-bahan memang basic giler, tak payah nak pening kepala sangat pon. ada mentega, telur, gula, tepung, perisa. kan kacang je tu.hahaha.
 170 gm mentega
140 gm tepung naik sendiri
140 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

cik buat adunan 1 1/2, tu pasal la ada 5 biji telur..telur cik guna saiz medium, kalau besar pakai 4 pon boleh. sila timbang bahan-bahan anda konon macam korang nak buat rancangan masak-masak. bila didapur, kita harus lah perasan macam chef wan walaupun tak reti sangat. semangat Chef Wan harus menyerap dalam diri. tapi selalu memerasankan diri sebagai Anna Olsen. ok farida, berenti meraban.
 sambil tu jangan lupa panaskan oven dan lenserkan loyang dengan mentega lebihan yang terpalit kat bungkusan mentega. kita mulakan cara-cara yang senang gila yang memang asas pun kalau buat kek ni.

  1. pukul mentega dan gula halus hingga kembang. nak tau macam mana kembang tu, bila mentega dah bertukar warna ke kuning pucat atau hampir ke putih. atau pun kalau korang sentuh mentega tu, gula dia dah hancur dan sebati
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. boleh kaup balik menggunakan spatula.
  4. masukkan esen vanilla.
  5. tuang ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 180 c selama 45 minit atau hingga masak.

 kan cik dah modified sikit resipi kan, jadi cik bahagi tiga adunan, lepas tu masukkan pewarna. cik masuk pewarna ikut apa yang ada dalam laci cik lah.hahaha. pakai pewarna makanan tau, kalau korang amik watercolor adik korang, cik tak jamin ok sapa yang masuk hospital atau mati.hehe
 cara nak buat marble atau nampak macam berbelang, cik ikut cara malas cik la, cik letak adunan merah ditengah-tengah, lepastu rata sikit. kemudian adunan yang nampak macam hijau tapi sebenarnya biru kat tengah adunan merah, lepas tu ratakan sikit, last sekali letak adunan oren.dah bagii rata sikit cik macam kacau la. bukan kacau sampai habis tau, cuma adunan bercampur la.
 lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. ada tips cik belajar dulu, kalau korang tengok kek korang atas macam dah hitam, tapi tengah tak masak, korang tutup dengan aluminium foil lepas tu masak lagi. jadi kek tak hangus, yang tengah masak dengan cantik dan sekata. kalau awal-awal bakar nak cover dengan aluminium foil pon boleh.
 setelah masak, pastikan biar kek korang betul-betul sejuk sebelum nak letak krim ke apa. kang cair kang, dah jadi kek banjir baru korang nak nangis. kat atas adalah alatan cik guna untuk menghias kek. cik guna topping Whipped cream je. cik tak pernah berjaya pun buat topping lain. rasa macam loser je.hehehe.
bahan-bahan untuk topping:
250 ml Rich's Non-dairy Whipped Cream
125 gm Anchor Whipping Cream

pukul sampai kembang. kembang maksudnya bila korang terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
jadi cik dah belah kek kepada dua, lepas tu biarkan sejuk lagi. cik paipkan topping ikut cara Cake Boss, cara ni lebih mudah dari masa cik belajar dulu. kek bersih dan tak serabut. lepas tu letak lagi satu layer, lepas tu ulang sekali lagi. kemudian ratakan. nak bagi krim lebih rata, rendam spatula dalam air panas, lap spatula, lepas tu ratakan. nanti korang akan nampak topping korang lebih lembut jeeee...
 lepas tu bantai korang nak hias macam mana.
 kek dah lompong sebab husna tak sabar nak makan. lagi elok korang simpan dalam peti ais, lepas tu makan, rasa macam makan ais krim woooooo.. dah penat menaip, cik nak buat air kejap.dahaga. sila share pendapat korang pulak.


*bon appetite*

No comments: