Friday, December 23, 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia

salam jumaat semua.

lama betul tak update blog. cik sibuk sikit sebab kerja cik kene keluar.macam post yang sebelum ni, cik kene kerja kutip borang BR1M. Alhamdulillah ada kerja nak buat sementara nak dapat kerja tetap agak sukar jugak lah sekarang ni. dah dekat 2 minggu cik kutip borang ni, rasanya cawangan Shah Alam ada la nak lebih dari 10k borang.itu pun data entry baru sampai 13hb dec punya.nak pengsan enter data.

 kalau ikut sebenarnya tak ada borang palsu, borang yang dikatakan seperti di atas tu adalah borang lama.dan sila pastikan borang itu free.tapi kalau kene bayar mungkin sebab cas fotostat kot.kalau borang ori, memang free lah. borang boleh didapati di Pejabat Adun UMNO, LHDN terdekat, dan sekolah-sekolah terpilih (tapi sekolah dah tutup, hari ni last).

 ini geng-geng cik kat sekolah Bukit Rahman Putera. kat sini ramai jugak la hantar. adun hantar pun sampai nak beriban.nak pengsan mengira.

 masa ni pulak kat SMK SAASS, Seksyen 2. yang ni paling kurang kutipan sebab 1st day kot.

 yang ni masa kat SMK Bandar Tasik Puteri, memang gila bosan tunggu. sudah lah seminggu kena duduk situ. nasib la ada kawan nak tukar dua hari. jadi kawan cik bawak la laptop, cik bawak external layan movienak hilangkan bosan. tu pon orang datang sejam satu. memang tak ke bosan duduk saje.

seperti yang semua tahu, syarat bagi memohon Bantuan Rakyat ni ialah:

1. Warganegara Malaysia (yang bukan jangan gedik ye.buat susah kitorang je).; 
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan 
kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah merangkumi ;
a. Berkahwin; 
b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; 
c. Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) [bujang yang takde tanggungan tu takyah mimpi nak apply, confirm masuk kotak tak layak]
d. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar 
bulanan RM3,000 dan ke bawah


jadi tugas kitorang ni agak senang tapi banyak borang nak kene buat. boleh kata kitorang kene buat OT je. tapi cik tak kesah pon, sebab buat kerja enjoy.kalau kerja lama, jangan harap la nak buat OT.buat sakit jiwa je.hehehe.

jadi permohonan ni boleh dibuat oleh sesiapa sahaja tapi kitorang akan sisih ikut kelayakan seperti diatas. korang tak payah nak rasuah kitorang sangat la.sebab bukan kitorang yang luluskan. kitorang tolong sisih je. yang luluskan, semua orang atasan. tapi kalau korang banyak duit nak rasuah orang, baik simpan tak yah mintak bantuan ni. RM500 je pun. bagi yang kurang mampu, RM500 ni untuk perbelanjaan seisi rumah, bukan untuk korang belanja beli barang pulak tau.


_cik kedondong

2 comments:

Lizzie Yasmin said...

lambakan borang.. mesti pening nak semak..

cik kedondong said...

memang pon..baru dapat key in yang terima 15 dec..nak muntah dah ni