Saturday, April 30, 2011

Hitam macam apa, semua adam punya pasal

assalamualaikum..
perghhhh..berzaman-zaman nak update blog. memang nasib la bila internet takde. internet ada pun laptop takde tak guna jugak. jadi banyak dah aktiviti cik sepanjang duduk rumah sewa ni. gambar pun takde la setimbun sebab kamera asik kene rampas dengan adik-adik sendiri tsk..tsk.. T_T
jadi terpaksa la kakak yang baik lagi comel ni berkorban pakai je kamera henpon yang separa canggih ni. jadi berapa kerat sangat la gambar nyer kan?
tetiba la pulak lari tajuk kan. tajuk atas tu nak cerita pasal cik pergi berfoya-foya di Pangkor Beach Resort bersama ex team mates yang lain. tapi sayangnya gambar dari kamera cik takde la sebanyak gambar dekat kamera kawan cik. dia pulak memang berzaman la nak bagi pendrive cik kan. hahaha.. jadi cik upload jelah perjalanan dari kamera cik.
cik pun dah lupa cik pegi bila Pangkor tu. yang cik ingat bulan April je. dah la cuti kene reject. nasib baik ex TM cik bersusah payah book tiket lepas tu tunjuk kat WFM. kalau tak, memang frust menonggeng-nonggeng la cik kan.
kitorang berkumpul kat RnR Jejantas Sg Buloh, memandangkan kitorang semua datang dari arah yag berlainan. sudah la cik lapar kan. nasib la ada kedai makan kan. jadi menjamu selera la cik kat situ sementara nak tunggu bebudak lain sampai. btw, cik gi sana bukan sensorang la. cik menjamu selera dengan 2 orang lagi awek cun, sementara nak tunggu lagi 2 orang dewasa, 4 orang kanak2, dan seorang bayi sampai.
bila diorang da sampai, bermula la perjalanan sambil berlumba2 di lebuh raya. gambar dalam kereta memang tak ada la. sebab cik yang dok drive mengejar dua driver jantans yang bawak macam pelesit.
seriously, cik dah lama tak naik ferry. last pun masa dulu tu pun ferry kat Penang. ingat kan cik ni spesis mabuk laut. rupanya tak. tegar jugak badan cik.kui..kui..
 
kitorang menginap di Pangkor Beach Resort. memang resort terbaik la. nasib tak duduk Marina Bay je. tapi tu pon mewah jugak. dok mandi laut sampai cik hitam. tunggu la entry len cik cerita. korang tengok la gambar je.

gambar ni je la cik amik kan. sejak akhir-akhir ni confident level cik dah menurun nak amik gambar sebab makin lama makin gemuk sebab sendiri makan banyak tak henti-henti. padan muka cik.


lepas tu dah tak ada dah gambar cik nak upload. meyh cik tunjuk gambar apa je yang ada. gambar dari kamera canggih kawan cik, cik buat entry baru la. korang baca pun mesti la malas kan. tengok gambar je la. senang.

















 
ok..gambar takde watermark. tapi sapa rembat gambar cik, memang siot la kan. plagiarism dan tak de hidup sendiri. ye cik tau gambar takde la cantik mana pun kan. tapi ada je orang rajin sangat malas amik gambar pastu dia curik gambar orang, edit sikit then claim itu gambar dia. memang hak tuihhh la kan. cik ada tengok ada budak rembat gambar cik masa kat Puncak Alam. dah la tak credit. haih..mengungkit pulak. memang nasib la kan. cakap pun budak tuk mesti buat bodoh je kan.

haih..dah pakai laptop adik cik Ubuntu ni, memang cik pun buntu jugak la nak buat macam mana kan. pilu betul lal tak dapat buat watermark.

: : cik kedondong : :