Thursday, April 9, 2015

Hari Keempat : Moga Bersalin Normal

Assalamualaikum

8 April 2015

Opp..oppp cik masih lagi belum melahirkan. Tapi cik memang usaha je beberapa hari ni untuk bukaan rahim dan bagi anak turun cepat, nak elakkan induce punya pasal. Suami pon takmau bagi induce. Jadi cik pon mengumpul la segala tips untuk cepat bukaan, antaranya :

1. Berdoa

Berdoa pada Allah. Pada siapa lagi kita nak minta, pada Dia je. Dia yang menciptakan dan menetapkan sesuatu. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

Jadi pada Diankita mohon moga dipermudahkam, moga dibuka jalan buat anak, moga diberi ketabahan dan kesabaran. Insya Allah. Bila berlaku macam ni, tentulah pada Dia kita memohon, jadi cik anggap ni satu cara nak mendekatkan diri dengan Allah.

Insya Allah.

2. Buat squat

Bila mandi je cik buat squat, nasib la hospital memang ada tempat pemegang tu. Jadi setiap kali mandi buat 20 puloh squat. Lepas tu setiap kali nak kencing, cik gi kat bilik mandi nak kencing cangkung. Sebab toilet diorang sedia duduk.

3. Baca surah-surah

Ibu cik ada bagi buku panduan, jadi ikut dari situ. Ada ayatul Kursi, Surah Al-A'raf ayat 54, Al-Falaq, dan An-nas. Bila baca je, ibu cik suruh usap perut ke bawah. Memandangkan perut cik tak turun lagi, jadi cik memang buat je.

4. Buat air selusuh

Cik ingatkan air selusuh ni keruh ke apa, campur  herba2 ke apa. Rupanya air yang  dibacakan surah2 yang memudahkan bersalin. Macam surah Maryam, Yusuf, pehtu ada lagi la. Hembus je pada air, nak minum kena selawat dulu.

5. Berjalan

Berjaln ni memang cik suka. Tapi disebabkan tak boleh jalan jauh-jauh, maka pusing wad je la. Nak buat camna, asalkan anak nak turun.

6. Selalu bercakap dengan anak

Bercakap memang selalulah. Tapi ni cakap sambil pujuk dia. Setiap masa cik pujuk dia, cakap ngan dia
"Anak ibu, anak ibu turunlah cepat. Ibu abah tak sabar nak jumpa Jumaat ni"
"Anak ibu, kita sama2 mintak izin dengan Allah, supaya anaknibu boleh keluar"
"Anak ibu, ibu taknak doktor induce, nanti anak ibu kena paksa keluar. Ibu abah taknak, jadi anak ibu turun lah"

Cenggitu la hari2. Cakap je la ngan dia. Sebab dia anak kita kan.


Malam tadi buat CTG, bacaan gerakan baby tak cantik. Dah kejutkan dia, nurse pon kejutkan dia, tapi dia bangun kejap je. Last2 doktor datang (Alhamdulillah,  doktor perempuan yang datang) nak stimulate dia, bagi baby bangun. Stimulate dari bawah kot. Dia masukkan jari lepas tu gerakkan baby dari dalam.

Hanya Allah je yang tahu rasanya masa tu. Sampai 5 kali kena jolok. Sambil tahan sakit siap tanya doktor lagi, nak cek bukaan pun macam ni ke,  rasa nak nangis ada, rasa malu ada. Tapi cik doa je. MOga anak bangun je, moga anak turun cepat.

Malu je rasa masa tu, tapi tahan je la. Insya Allah. Doakan cik dan anak sihat.

Farida Tarmize
Shaklee Supervisor
Whatsapp / SMS only : 0163265401
 Email : faridafathima86@yahoo.com

1 comment:

Sang Penulis said...

Salam perkenalan.
Saya dah follow blog awk ye.
Semoga selamat semua nya ibu dan baby.
Jangan lupa update nanti ye..:)

Jemput singgah blog sy nnt,,

luarteko.blogspot.com