Monday, July 8, 2013

Hari makan-makan sedunia

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah lagi 2 hari je kita nak menginjak ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. 

Maka dengan itu, banyak lah pejabat2 kerajaan menganjurkan segala jenis jamuan makan dan melantak sebelum menumpukan perhatian kepada Ramadhan ( ye sangat kannnn). 

Ofis cik pun tak terkecuali jugak. Maka hari ni cik dah menyumbatkan diri dengan mihun (tak tahu tajaan siapa bedal je) dan jugak set nasi beriani (Pun tak tahu tajaan siapa, moga Allah limpahkan rezeki mereka). Puas sungguh makan.
Entry hari ni tak ada schedule kehsss. Ni live update punya. Amik gamba, edit (semua pakai Line Camera) lepas tu terus edit dalam blog dan update!!!
Maka dengan itu sila tatap sebelum Ramadhan. Kang korang menyesal tak sudah lepas tu ponteng puasa pastuh nak salah kan orang. Cik jentik je nanti. Hahahha. 

Ok lah. Cik nak sambung kerja. Hahaha. Kerja la sangat.

No comments: