: : don't forget to drop your link here : :

Monday, October 10, 2011

trip tak dirancang : Langkawi Pulau Lagenda

salam semua.
selepas beberapi hari cik mengalami tekanan perasaan sebab kerja, cik pun mengambil keputusan drastik untuk berjalan-jalan. tak ada la jalan sangat pun. kalau ikut pun sebab ada hal, jadi tiba2 termelencong ke Langkawi. gila kentang jadi backpackers je cik. dah la pertama kali beli tiket bas kan, neves jugak la.

memang lemak manis manja betul cik ni. bas ekspress pun tak pernah naik. mana nak tau. cik belajar dulu paling jauh pun Setapak. naik LRT sudah. jadi mari kita buat kira-kira jugak lah berapa kos cik gi Langkawi ni. cewaahhhh.. macam Destinasi Budget dari Qi lak kan.

Bas dari Kajang ke Butterworth: RM36 - Jelita Ekspress.
keadaan bas ni tak de la best sangat pun. tapi dia 2 tingkat.nasib la selesa jugak nak naik.

jadi perjalanan cik ni bermula dengan menaiki bas dari kajang. sungguh mendebarkan. lepas tu bangga dengan diri sendiri sebab berani. hahha.

tiba-tiba mood nak bercerita macam takde lak. apa kata korang tengok gambar-gambar sepanjang kat langkawi..sorry la gambar tak cantik. cik pakai kamera henpon je.hik..hik..hik.ada je banyak gambar tapi semua dalam kamera en jambu. jadi kene tunggu jumpa dia baru la dapat.


dari Butterworth cik gi Langkawi tu naik kereta la..haha..main tipu disitu.jadi sampai di Langkawi, ada orang dah offer tempat letak kereta, lagi-lagi sebab kitorang nak bermalam kan. jadi tempat letak kereta untuk semalam RM10.eyh. nanti cik confirm balik.

kemudian naik feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah RM18 pergi sehala. masa pergi amik masa dalam 45 minit, balik dalam sejam. amik jalan jauh kot.
meminjam dari blog miza yusof guna google.blog dia pun banyak cerita gi langkawi.gi la melawat.

sampai Jeti Kuah, cari kereta sewa. 24 jam RM50. dapat proton iswara buruk. keadaan tak baik, menyesal amik, pastu en jambu pun dah marah dah orang tu. sebab kitorang amik pakej dari Kuala Perlis. jadi dah book kat sana. jadi korang kalau tak nak kena, sampai Jeti Kuah pun boleh cari. pelancong banyak sewa kereta import cam Vios, City.kata pun kereta murah kan kat sana.

memandangkan cik sampai awal la jugak, jadi tak dapat nak check in. jadi kitorang gi la jalan-jalan dulu. alang-alang dah ada kereta. sebelum tu kitorang dah kebulur sangat jadi gi makan kat mamak dulu.pastu barula berjalan. beli map dekat Petronas. harga Peta RM3.00.map dia kadang2 leyh pakai, kadang-kadang payah nak paham. nasib la henpon ada gps kan.
lebih kurang macam ni la peta beli kat Petronas. tapi lain sikit la. sebab siap ada tunjuk tempat menarik ngan hotel2 camtu.tapi memang sesat larat jugak la kitorang tengok map tu.hahaha.

tempat pertama kitorang melawat. itu pun sebenarnya tersesat-sesat, tiba2 terjumpa, jadi kitorang redah je la.memang best betul berjalan tanpa dirancang ni. kitorang gi Kota Mahsuri. masuk dikenakan RM5.00. dalam ni ada makam Mahsuri lepas tu contoh rumah la. cantik la jugak. siap ada gerai makan tepi tu bendang. memang terbaik la kan. sudah la panas rembang, minum air kelapa pulak, mak aihhhhh..feeling kampung habis.


cik bergambar bergaya.hahaha.

lepas gi makam Mahsuri, siap beli cendera hati lagi, kitorang gi jenjalan lagi. tapi sebab panas sangat kitorang singgah kat Lubuk Semilang. konon nak mandi sungai la kan, sekali kitorang sampai celah mana tah, tak de tempat nak tukar baju. jadi celup-celup kaki je la. nanti cik update gambar kat en jambu.

lepas Lubuk Semilang, kitorang meneruskan lagi perjalanan nak pegi Taman Buaya. baiklah adik-adik, Taman Buaya kat sini tak best pun. baik gi Melaka. bayaran RM15.00 tapi cik tak masuk pun. tempat pun menakutkan kot.

kitorang decide guna duit RM15.00 tu kat Cable Car Station. sebab ada pakcik kat Jeti Kuala Perlis cakap masuk RM30.00, tapi lepas pukul 5ptg harga jadi murah RM15.00. jadi dari kitorang bayar  kat Taman Buaya baik bayar je harga penuh kat Cable Car. 
singgah tempat rehat apa tah ada pantai la pulak kan.

pakcik tu tipu je. kalau warganegara Malaysia, tunjuk IC, dah dapat RM15.00. nasib cik tak tunggu sampai pukul 5. jadi kami terus bergerak ke Cable Car. jadi silalah menatap gambar di cable car. 
masa kat 1st perhentian, kabus tebal sampai tak nampak atas. ingat kan sebab kat gunung ke apa. rupanya awan bawak hujan. 
tengok kabus tebal tak nampak check point kedua.
gambar masa hujan tiba-tiba hilang lah pulak. nanti cik cari cik upload balik.

lepas dah puas naik cable car, siap takut sebab bergoyang-goyang angin kuat, kami pun pulang. ingat kan nak gi Under Water World, tapi macam tak sempat sebab kitorang tak check in lagi. lagipun dah nak pukul 5 ptg. memang masing-masing dah penat dan lapar.
singgah kejap makan KFC kat mana tah. tapi ada banyak kapal layar disitu.
jadi kitorang gi tempat penginapan kat pekan Kuah. kitorang stay kat Baron Hotel. hotel budget tapi cun wooooo.. RM85.00 semalam
google search
camni lah rupa Baron Hotel. dekat je dengan Pekan Kuah. hari sabtu ada pasar malam kat bawah Baron ni. pastu nak gi beli coklat kat Pasaraya Haji Ismail pun dekat. jalan kaki pun boleh. kalau berminat boleh lah melawat website Baron.
malam tu kitorang makan kat medan selera. dekat dengan hotel apa tah. itu pun cik tak de selera nak makan. mengantuk. itu pon diorang ajak gi Pantai Chenang. mengantuk kot.
lepas makan kitorang gi tibai beli coklat kat Pasaraya Haji Ismail. dekat je dengan hotel kitorang.banyak jugak la cik beli. siap bayar pakai kad lagi. tapi nasib kogsi dengan en jambu.hahaha.
google lagi.

dah puas balik tido berehat, tiba masa nak pulang. wahahahaha.. sedih nye. jadi jalan-jalan dekat kawasan Jeti Kuah amik gambar.
masa cik pergi ni, tugu helang tu dalam proses baik pulih, jadi tak dapat la cik nak amik gambar. jadi amik gambar dari jauh je. tu pun dapat bontot helang je.hahaha.

trip lepas ni: Cameron Highlands. seronok jugak buat trip macam back pack ni. redah je. yang penting enjoy!!!

_cik kedondong

0 biji kedondong: