Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 2009. |
![]() |
- Tarikh mula penggambaran : 8 October
- Tempoh penggambaran : 25 hari
- Jumlah masa penggambaran : 358 jam
- Jumlah “takes” : 2, 060 takes clapper photo
- Jumlah “shots”: 450 shots
- Jumlah saiz tangkapan / “footage” dalam “hard disk”: 2, 729.79GB
- Jumlah masa suntingan : 11 minggu
- Jumlah masa untuk Grafik “CGI” : 3 bulan
Peralatan teknikal yang digunakan :

Untuk CGI kapal di Port Klang
- 1 skrin biru 40 kaki x 40’ kaki
- 1 skrin hijau 40 kaki x 40 kaki
- 2 skrin hijau 20 kaki x 20 kaki + 2 x Green Matte 12’ by 12’ + 2 x Green Matte 6’ by 6’
- 1 Set penjanakuasa x 80KVA (untuk 9 hari penggambaran)
- Kren: 1 Panther Pegasus 32ft Man riding crane (untuk adegan terakhir)

Dek Kapal - Sebelum set dibina

Dek Kapal - Set sedang dibina
Jumlah hari untuk membina set det kapal :
1 minggu untuk membina dek kapal di kilang dan 7 hari untuk memasang dek kapal di lokasi.


Jumlah hari menyiapkan set peti ais di dalam kapal : 3 hari
Hampir 100 set pakaian telah direka dan dipilih khas untuk pelakon Pisau Cukur
Jumlah bulu mata palsu yang digunakan oleh pelakon : 128 set
Jumlah span muka yang digunakan oleh mekap artis : 80 keping
Jumlah tin penyembur rambut : 6 tin

** Maya Karin, Eizlan Yusof dan Shahredza Minhat dilatih oleh koreografer Peter Ong. Dalam tempoh lebih kurang dua bulan, mereka hanya sempat berlatih kurang daripada 20 jam sahaja secara keseluruhannya.
Lokasi sebenar
- Dek Kapal: Kolam renang Astaria Apartment, Ampang
- Acara Tarian Ballroom: Federal hotel, KL
- Peti Ais Kapal: Tingkat bawah tanah pejabat Red Communications.
- Business Centre & Library: Bilik pejabat Red Communications, Petaling Jaya.
- Koridor dan bilik tidur kapal: Le Paris Hotel & Costa Rica Apartments, Port Dickson
- Lobi kapal: Sheraton Hotel, Subang Jaya
- Jeti: Laguna Park, Pulau Indah, Port Klang.






4 biji kedondong:
oh my dior,
yOU tak sebut perkataan " ohw my Jimmy Choo " ...hahahaha
clap clap ..Ole
chet..aritu aku msg tak bls pon...baru nk ajak....=(
nfahk-alalalla..aku da janji ngan sayang aku..sori2..
o my louis vuitton!!!hahaha
best kan cik!aku rasa cam nak tgk skali lagi jek.hahahaha
Post a Comment